Makanan dan kesihatan tidak dapat dipisahkan. Banyak
makanan mengandungi lemak dan gula yang boleh menjejaskan kesihatan badan dan
rambut. Makanan berlemak tinggi ini boleh menjejaskan rambut dan kulit kepala
kerana boleh menyebabkan kulit kepala berminyak, mudah mendapat jangkitan
dan menyebabkan kelemumur.
Lemak juga mengganggu keseimbangan hormon,
menyebabkan obesiti dan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular. Ramai yang
kurang tahu, makanan manis menyebabkan kelemumur dan kulit kepala sensitif
malah menghakis vitamin B dalam badan dan menyebabkan kekurangan zat kuprum
akhirnya menyebabkan rambut beruban.
Nak dapatkan nutrien rambut yang baik, seseorang itu memerlukan
kalori secukupnya bergantung kepada keperluan tenaga individu. Seorang lelaki
memerlukan purata 2,500 kilo kalori sehari manakala seseorang wanita memerlukan
2,000 kilo kalori setiap hari.
Kenapa Kepala Lelaki
Mudah Botak?
Lelaki selalu dikaitkan
dengan rambut yang mudah botak terutama mereka yang berumur. Makin tua makin
banyak rambut gugur tapi sebenarnya sekarang ini tak kira muda atau tua,
masalah hilang rambut adalah sama. Persoalannya, kenapa lelaki mudah
botak?
Salahguna Shampoo
Rambut gugur bermula dari kulit kepala yang
berminyak. Mereka yang bertopi keledar paling senang nak botak kerana minyak
yang terkumpul boleh terserap ke dalam akar dan menyekat udara dari masuk ke
akar rambut. Kerap bertukar shampoo boleh menyebabkan rambut gugur dengan cepat
dan kalau boleh cuci la topi kaledar dua tiga bulan sekali. Takkan setahun baru
nak basuh sekali?
Salahguna Conditioner
Bukan hanya lelaki saja yang tak tahu
menggunakan conditioner tapi perempuan pun sama. Paling ketara lelaki kerana
perempuan ini bagusnya rajin membaca. Conditioner sepatutnya diusap pada
bahagian hujung rambut dan bukannya digunakan seperti shampoo ditonyoh satu
kepala hingga berbuih.
Penggunaan Krim Rambut
Krim Rambut ini sama juga penggunaan dia dengan
conditioner rambut. Jangan digosok sehingga kulit kepala dan sebolehnya kalau 3
hari asyik guna krim rambut, rajinkanla diri shampoo paling kurang 2 hari
sekali untuk kurangkan minyak pada kulit kepala.
Makanan Pedas
Makanan pun penting juga walaupun orang kata
kalau makan ikut apa yang patut takkan rasa nikmat dia. Tapi cuba bayangkan
anda berjalan – jalan dengan rambut separuh botak, nikmat tu masih ada lagi?
Nasihat saya, elakkan dari ambil makanan pedas untuk kurangkan penghasilan
minyak kat kepala.
Vitamin rambut kedengaran seperti remeh tapi
takkan nak tunggu botak baru terhegeh – hegeh? Rajinkan diri letak vitamin
rambut paling kurang seminggu sekali. Rambut sihat mencerminkan penampilan hebat.
Makin lebat rambut, makin kacak di mata perempuan.


No comments:
Post a Comment