Sunday, 22 November 2015

UNTUK MENDAPATKAN INFO LANJUT GAYA LELAKI SILA KLIK LINK BLOG DIBAWAH










Cara Bina Badan di Rumah




Ramai yang ingin memiliki bentuk badan Abang Sado tapi tak mampu untuk mendaftar ke gym atau malas dan tiada masa untuk ke gym. Kita juga sebenarnya boleh bina badan di rumah. Kita perlu fokus pada latihan seluruh tubuh. Anda harus mengurangi lemak tubuh sehingga otot-otot perut anda akan timbul. Untuk mencapai ini, kita perlu mengkombinasikan makanan yang sihat dan latihan rutin yang efektif.

Bina badan di rumah

Berikut adalah 8 cara bina badan di rumah dengan mudah:
1. Beri komitmen untuk makan makanan yang sihat dan seimbang – ini amat penting untuk bina badan dan tubuh yang sihat. Kurangkan makanan yang berkarbohidrat sederhana dan gantikannya dengan yang berkarbohidrat kompleks seperti ubi dan beras merah. Makan karbohidrat di pagi hari. Pilih sayuran bukan tepung seperti kacang hijau dan kubis dan makan makanan protein tanpa lemak seperti ikan dan ayam. Hindari makanan segera(fast food) yang seringkali mengandungi banyak gula dan lemak.
2. Dapatkan cukup protein kerana protein membantu kita menguatkan jaringan otot ketika kita menghilangkan lemak dari tubuh. Makan 1 gram protein untuk setiap angka berat badan. Makan protein sebelum dan sesudah latihan. Minum protein shake untuk melengkapkan makanan protein kita.
3. Minum 500ml air sejuk pada saat bangun tidur. Air sejuk membuatkan tubuh kita untuk bekerja lebih keras untuk memanaskan suhu tubuh badan kita sehingga merangsang metabolisme kita yang berehat saat kita tidur.
4. Lakukan aerobik aktif tiga hingga lima hari dalam seminggu selama 45 minit setiap hari. Pergi berjogging, berlari atau berenang. Kombinasikan setiap aerobik ini antara laju dan perlahan dalam rutin latihan harian untuk membakar lebih kalori. Jogging secara perlahan selama tiga minit dan berlari laju selama satu minit sebelum kembali ke kelajuan perlahan jogging. Ulangi urutan ini sepanjang waktu latihan.
5. Gabungkan latihan rutin membina kekuatan tubuh selama 3 hari yang tidak berturut-turut dalam seminggu. Boleh dilakukan secara selang sehari. Jaringan otot merangsang peningkatan metabolisme dan membolehkan pembakaran lemak dengan lebih banyak. Kombinasikan senaman, di mana anda menggunakan berat tubuh anda sendiri untuk ketahanan dengan mengangkat mesin angkat beban dan tanpa beban.
6. Lakukan kombinasi latihan perut pada 3 hari tidak berturut-turut dalam seminggu (selang sehari). Latihan perut membentuk perut kita. Lakukan latihan seperti V-duduk. Berbaring telentang di atas lantai dengan kedua lengan di luruskan di atas kepala anda. Tarik napas dan angkat lengan serta kaki untuk membentuk sebuah “V” dengan tubuh. Cuba rapatkan jari tangan anda ke jari kaki dan hembus nafas setelah mencapai jari tangan hampir ke jari kaki. Rendahkan diri kembali ke posisi awal. Lakukan sehingga tiga kali setiap kali latihan.
7. Latih perut bawah anda dengan melakukan sit-up. Baring di atas lantai telentang dengan lutut dibengkokkan dan rapatkan kaki ke peha. Letakkan tangan anda di belakang kepala. Tarik napas dan angkat pinggul dari lantai untuk membawa lutut anda ke arah dada anda. Angkat bahu dari lantai pada waktu yang sama. Hembuskan nafas sebelum menurunkan diri kembali ke posisi awal. Lakukan sehingga tiga kali setiap kali latihan.

8. Cuba dapatkan 8 jam tidur di sehari. Semasa anda tidur, tubuh anda akan berehat untuk membolehkan kita memiliki tenaga untuk latihan seterusnya pada keesokan hari. Kurang tidur dapat menyebabkan kelaparan dan menambahkan berat badan.
Cuba amalkan 8 cara bina badan di rumah ini secara berdisplin. Anda perlu yakin dan konsisten dalam melakukannya untuk dapatkan bentuk badan abang sado.

Saturday, 21 November 2015

Langkah Mudah Berfesyen

Penampilan diri kita adakah penampilan kita telah kelihatan sempurna, macho,maskulin dan tampan bergaya.

1. Pilih pakaian yang fit - Benda utama yang akan menampakkan lelaki 'alert' dengan fesyen ni ialah cara memilih baju. Masalah utama kebanyakan lelaki ialah memakai baju yang lebih besar daripada badan. Pastikan memilih pakaian yang fit iaitu pakaian yang membuatkan badan anda rasa seolah dipeluk tapi bukan dijerut. Berhati-hati ketika memilih, fit bukan bermakna ketat.


2. Simple tapi smart - Apabila bercerita tentang fesyen, bukan bermakna anda perlu berpakaian seperti seorang artis. Pakai simple pun dah cukup. Amalkan mengayakan pakaian dengan tidak menggunakan lebih daripada tiga warna. Nak nampak menyerlah sikit pakailah blazer warna hitam atau putih yang fit. Pakai blazer tak semestinya kena pakai dengan kasut kulit dengan seluar slack. Pakai seluar jean pun boleh kena gayanya.

3. Santai bukan membosankan - Berpakaian santai bukan bermaksud pakai seluar pendek dengan singlet koyak. Cuba banyakkan membaca buku-buku fesyen atau melihat program-program yang bersifat santai di televisyen.


4.Pemakaian pastikan sepadan - Sentiasa pastikan anda berfesyen kena dengan gayanya. Duduk depan cermin fikir nampak pelik tak apa yang anda pakai. Kalau anda sendiri dah rasa pelik, apatah lagi orang kat luar sana. Sebagai contoh, anda pakai baju yang labuh tapi pakai seluar yang ketat ala-ala legging. WTF?

5. Tidak shopping berseorangan - Jangan amalkan keluar shopping berseorangan. Ajak member seorang pun jadilah. Tapi member bukan sekadar member, cari member yang boleh bagi pendapat jujur. Kata-kata member lagi boleh dipercayai berbanding penjual berkenaan.



6.Sentiasa peka - Jangan terlebih berfesyen kerana pasti akan buat anda nampak cacat, tapi jangan takut untuk berfesyen. Sentiasa fikir apakah event yang anda akan pergi. Kalau dah bercadang nak pergi ke tempat yang panas, takkan nak pakai sweater yang tebal. Jika anda pergi ke event yang dihadiri oleh bos anda, takkan anda nak nampak lebih menyerlah berbanding bos anda. Silap-silap bulan depan dapatlah surat berhenti kerja.

 
7. Jangan mengabaikan benda yang remeh-temeh - Lelaki biasanya akan menganggap bende remeh temeh seperti cara pemakaian scarf. Mesti akan kata, "Ah, bedal jelah...." Sebenarnya benda yang anda rasakan temeh tulah yang mampu memberikan impak yang besar.


8.Belanja lebih untuk kasut - Apa salahnya jika berbelanja lebih untuk sepasang kasut.  Tetapi jangan beli saja mahal-mahal, tapi tak tahu nak jaga.Tahukah anda kaum lelaki sekalian bahawa mata perempuan ni biasanya akan melihat kasut yang dipakai lelaki. Sama ada cantik atau tak cantik, bersih ke tak dan sesuai ke tak. Macam mana nak kagumkan teman wanita kalau kasut kotor. Kasut melambangkan identiti diri. Kotor kasut, pemalaslah anda.

9.Berhati-hati memilih t-shirt - Jangan amalkan memakai t-shirt yang mempunyai logo yang besar kerana anda akan dilihat seperti diupah oleh syarikat tertentu untuk menjadi papan iklan bergerak.

10.Jangan terikut pada trend - Jangan biasakan mengikut sangat trend masa kini kerana trend tidak akan kekal lama. Kekal dengan citarasa yang anda suka. Kerana tak guna kalau membeli pakaian mengikut trend semasa tetapi jarang pakai.  


11.Jangan beli kerana brand - Sebelum anda beli sesuatu pakaian, pastikan anda bertanya kepada diri sendiri sama ada anda membeli kerana brand pakaian tersebut atau kerana nampak smart. Biar beli pakaian yang murah tapi smart berbanding beli pakaian mahal tapi buruk macam kain lap kat dapur.


12.Teruskan membentuk image tersendiri - Cuba bentuk style anda yang tersendiri. Bukan bermakna anda menjadi the next lady gagap tetapi jadi seseorang yang kalau disebut saja nama anda, kawan-kawan akan mula berfikirkan tentang cara pemakaian anda. 


13. Jangan malu untuk meminta pendapat - Rajin-rajinkan diri untuk bertanya dengan orang terdekat sama ada apa yang anda pakai itu nampak smart atau sebaliknya. Tapi mestilah bertanyakan kepada orang yang boleh memberi pendapat dengan sejujurnya.


14.Pastikan muka bersih dan kemas - Perhatikan wajah anda, terutama sekali pada janggut. Ada nampak terurus? Bulu hidung tu ada terkeluar-keluar? Sideburn tu ada nampak macam Elvis Presley? Pastikan muka nampak bersih dan kemas, buang segala bulu roma yang dirasakan menyemak. Pemilihan pencukur juga amat penting. 


15.Bereksperimen dengan gaya - Jangan takut untuk memakai sesuatu yang baru. Jika selalunya anda pakai baju yang gelebeh, cuba pakai baju yang fit untuk nampak lebih tegap. Jika selalu anda sikat rambut ke hadapan, apa kata sikat rambut ke belakang untuk nampak lebih bertenaga dan berani. Semuanya terletak pada keberanian anda dan bukannya kepelikkan anda.

Langkah Penjagaan Kulit Lelaki Yang Menarik Perhatian Wanita





Salam Sejahtera Abang-abang sekalian, jika anda bangun dari tidur pada waktu pagi, bersiap dengan hanya mencuci muka dengan sabun mandi dan terus berjalan keluar, maka sudah tiba masanya untuk anda mempertingkatkan rejim penjagaan kulit anda. Hanya kerana lelaki sepatutnya lasak, bertubuh sasa dan bersifat kelelakian, tidak bermakna anda tidak boleh mempunyai licin yang boleh disentuh. =) Kebanyakan wanita akan bersetuju bahawa kulit wajah yang halus dan bercukur licin adalah seksi. Awwww..  Dan, kebanyakan lelaki akan bersetuju bahawa apabila wanita itu gembira, mereka juga akan turut gembira.
Saya tidak mencadangkan anda untuk mengisi kabinet anda dengan pembersih muka branded dan krim yang mungkin akan berakhir riwayatnya di tong sampah. Anda cuma perlu mengamalkan kelima-lima petua penjagaan kulit yang akan menjadikan anda lebih menonjol. Tetapi serius, jangan biarkan langkah-langkah ini menakut-nakutkan anda … ianya cuma menyesuaikan dengan rutin yang anda sudah lakukan. 

Penjagaan Kulit Lelaki


1. Membersihkan Kulit Muka

Jika anda tidak dapat mencari masa untuk melakukan apa-apa untuk muka anda, jika berkunjung ke facial adalah satu “No” “No” untuk anda, jika mask muka adalah sesuatu yang ingin anda hindari, maka membersihkan kulit adalah satu kemestian! Jangan bimbang; pembersihan hanyalah satu perkataan mewah untuk mencuci muka anda. =)
Ini perlu dilakukan setiap pagi dan setiap petang sebelum tidur. Hanya kerana anda tidak dapat melihat kotoran pada kulit anda, tidak bermakna kulit anda bersih. Fikirkan tentang apa yang anda telah dedahkan kulit anda setiap hari: pencemaran, ekzos kereta, asap rokok, walaupun semburan wangian bilik. Semua kekotoran ini boleh melekat di atas kulit anda dan menyebabkan kerosakan, jadi ianya mesti dibersihkan. Walau bagaimanapun, tidak bermakna anda boleh menggosok sabun mandi pada kulit muka anda. Sabun mandi biasanya cenderung mengandungi bahan pencuci dan wangian dan boleh menjadi sangat keras dan memberi kesan dehydrating kepada kulit. Lelaki cenderung untuk mempunyai kulit yang agak berminyak daripada wanita, jadi gunakan pembersih untuk kulit biasa dan berminyak untuk hasil yang terbaik.
INGAT, jika anda tidak membersihkan kulit anda setiap hari; kotoran yang berlebihan dan minyak boleh meninggalkan anda dengan liang tersumbat dan jerawat.

2. Berhenti membeli pisau cukur murah


Mengikut kajian, kebanyakan lelaki mencukur lima kali seminggu. Pencukur berkualiti boleh menjadi perkara seumur hidup, jadi pilih senjata anda dengan bijak. Pilih pisau cukur yang sesuai dengan sensitiviti kulit anda dan kekasaran janggut anda, muka anda pasti akan berterima kasih.

3. Jadikan krim after-shave rakan baru anda yang terbaik.

Krim after-shave menghidrat dan menenangkan kulit, ia juga akan meresap pada kulit dengan baik selepas mencukur. After-shave anda harus bebas alkohol kerana alkohol akan mengeringkan kulit anda.
Mencukur semasa shower atau sebaik habis mandi, kerana rambut pada wajah yang lebih lembut terkena air panas dan wap. Tambahan pula, ia menghapuskan keperluan membersihkan sinki kotor.

 4. Jangan ponteng pelembap wajah.

Rambut pada wajah boleh kelihatan seksi pada seorang lelaki, tetapi apa yang benar-benar menarik perhatian wanita adalah muka yang apabila muka disentuh tidak berasa seperti kertas pasir.  Menggunakan pelembap setiap hari akan menjadikan kulit anda lembut. Gunakan produk yang bebas wangian kerana ia mudah, tidak mempunyai bau dan tidak dianggap ‘girly’.

5. Jangan sekali-kali meninggalkan rumah tanpa menggunakan pelindung matahari.

Jika anda dapat mencari pelembap yang mengandungi SPF 30 atau lebih tinggi, maka anda jauh di hadapan. Tetapi ia tidak menyakitkan untuk anda mempunyai botol pelindung matahari yang berasingan.


Mungkin tip penjagaan kulit yang paling penting untuk diingati ialah pelindung matahari, pelindung matahari dan pelindung matahari.
Lelaki yang tidak menggunakan pelindung matahari meningkatkan risiko mereka mendapat kerosakan matahari, yang boleh menyebabkan kemerahan, kegatalan, saluran darah tambahan dan kanser kulit. Kekal selama-lamanya muda (atau tidak tua ;p) dengan menggunakan pelindung matahari setiap hari.

Friday, 20 November 2015

CARA MENGECILKAN PERUT BUNCIR DENGAN CEPAT




Pada zaman sekarang kebanyakan lelaki menghadapi masalah yang paling besar adalah perut buncit. Ada yang menyatakan perut buncir adalah nampak seksi dan juga yang menyatakan lelaki yang mempunyai buncit adalah paling menyayangi isteri berdanding lelaki  yang mempunyai 6 pack. 

Kebanyakan lelaki yang mempunyai perut buncit mempunyai sifat segan silu di kalangan ramai.

Sila klik link dibawah untuk mendaptkan panduan mengurangkan perut buncit.

https://www.youtube.com/watch?v=afOtF2ENMek

Selamat berjaya....





Thursday, 19 November 2015

TIPS PENJAGAAN RAMBUT LELAKI

Makanan dan kesihatan tidak dapat dipisahkan. Banyak makanan mengandungi lemak dan gula yang boleh menjejaskan kesihatan badan dan rambut. Makanan berlemak tinggi ini boleh menjejaskan rambut dan kulit kepala kerana boleh menyebabkan kulit kepala berminyak, mudah mendapat jangkitan dan menyebabkan kelemumur.

Lemak juga mengganggu keseimbangan hormon, menyebabkan obesiti dan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular. Ramai yang kurang tahu, makanan manis menyebabkan kelemumur dan kulit kepala sensitif malah menghakis vitamin B dalam badan dan menyebabkan kekurangan zat kuprum akhirnya menyebabkan rambut beruban.


Nak dapatkan nutrien rambut yang baik, seseorang itu memerlukan kalori secukupnya bergantung kepada keperluan tenaga individu. Seorang lelaki memerlukan purata 2,500 kilo kalori sehari manakala seseorang wanita memerlukan 2,000 kilo kalori setiap hari.

Kenapa Kepala Lelaki Mudah Botak?

Lelaki selalu dikaitkan dengan rambut yang mudah botak terutama mereka yang berumur. Makin tua makin banyak rambut gugur tapi sebenarnya sekarang ini tak kira muda atau tua, masalah hilang rambut adalah sama. Persoalannya, kenapa lelaki mudah botak? 

Salahguna Shampoo
Rambut gugur bermula dari kulit kepala yang berminyak. Mereka yang bertopi keledar paling senang nak botak kerana minyak yang terkumpul boleh terserap ke dalam akar dan menyekat udara dari masuk ke akar rambut. Kerap bertukar shampoo boleh menyebabkan rambut gugur dengan cepat dan kalau boleh cuci la topi kaledar dua tiga bulan sekali. Takkan setahun baru nak basuh sekali?

Salahguna Conditioner
Bukan hanya lelaki saja yang tak tahu menggunakan conditioner tapi perempuan pun sama. Paling ketara lelaki kerana perempuan ini bagusnya rajin membaca. Conditioner sepatutnya diusap pada bahagian hujung rambut dan bukannya digunakan seperti shampoo ditonyoh satu kepala hingga berbuih.

Penggunaan Krim Rambut
Krim Rambut ini sama juga penggunaan dia dengan conditioner rambut. Jangan digosok sehingga kulit kepala dan sebolehnya kalau 3 hari  asyik guna krim rambut, rajinkanla diri shampoo paling kurang 2 hari sekali untuk kurangkan minyak pada kulit kepala.

Makanan Pedas
Makanan pun penting juga walaupun orang kata kalau makan ikut apa yang patut takkan rasa nikmat dia. Tapi cuba bayangkan anda berjalan – jalan dengan rambut separuh botak, nikmat tu masih ada lagi? Nasihat saya, elakkan dari ambil makanan pedas untuk kurangkan penghasilan minyak kat kepala.

Vitamin Rambut
Vitamin rambut kedengaran seperti remeh tapi takkan nak tunggu botak baru terhegeh – hegeh? Rajinkan diri letak vitamin rambut paling kurang seminggu sekali. Rambut sihat mencerminkan penampilan hebat. Makin lebat rambut, makin kacak di mata perempuan.